Pemain Dragon Ball Sparking Zero kecewa dengan kekurangan ‘content’ Vegeta

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kekurangan kandungan Dragon Ball Super untuk Vegeta dalam Dragon Ball Sparking Zero agak mengecewakan peminat.

Walaupun permainan ini sudah terjual lebih tiga juta salinan pada hari pelancarannya dan menjadi salah satu permainan pertarungan paling popular di Steam, namun, peminat menganggap permainan video ini belum lengkap.

Mod Episode Battles menyaksikan kisah Vegeta terhenti selepas saga Majin Buu dalam Dragon Ball Z, tanpa menyertakan penceritaannya dalam Dragon Ball Super. Ini mengecewakan banyak pemain yang berharap dapat merasai pertarungannya dengan watak lain seperti Cabba dan Jiren.

So why can’t I move on to the super saga? I’ve beaten Buu like 2 times now
byu/HyphenPhoenix inSparkingZero

Ramai pemain meluahkan kekecewaan mereka. “Saya hilang rasa hormat terhadap permainan ini apabila tibanya saat ini,” kata seorang pemain.

Mereka berpendapat banyak watak dari Super yang sepatutnya ada untuk menjadikan mod cerita lebih lengkap tetapi tidak dimasukkan.

Bukan hanya Vegeta yang terlepas, malah, ada juga keluhan tentang watak lain seperti Gohan.

Bagi anda yang mahu jadi lebih kreatif, Dragon Ball Sparking Zero menyediakan editor Custom Battles untuk mencipta pertarungan sinematik, walaupun ini memerlukan lebih banyak usaha berbanding mod yang sudah ada.

Foto: BANDAI NAMCO

Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+