Pemain Forza Horizon 5 mengeksplotasi Jeep Willys demi menjadi jutawan dalam permainan

Forza Horizon 5 baru-baru ini dilancarkan dan pemain melakukan perjalanan pertama mereka melalui Mexico, ada yang sudah bergerak untuk menjadi kaya dengan cepat. Siri terbaharu dalam francais popular Microsoft dilancarkan pada konsol Xbox dan PC pada hari Selasa, dengan beberapa pemain sudah memanipulasi pasarannya dan menjadi kaya raya dengan pantas.

Pemain mendapati bahawa Jeep MB Willys menjadi pusat kontroversi baharu ini dan kini kenderaan itu dihadiahkan kepada pemain baharu dalam bilangan ratusan.

Ikon ketenteraan luar jalan yang mampu dimiliki tidak setanding dengan supercar termaju Forza Horizon 5, tetapi itulah yang menarik bagi sesetengah orang. Ia adalah sebuah kereta murah, dan mampu debeli untuk hanya 40,000 kredit, dengan laluan naik taraf mudah menggunakan sedikit skill points.

Peningkatan akan memberi pembeli satu ‘Super Wheelspin,’ ganjaran gaya lootbox yang tersedia dalam Forza Horizon 5 yang menawarkan pembayaran matawang permainan yang tinggi dan beberapa kenderaan paling jarang permainan.

Eksploitasi ini menyaksikan pemain membeli Willys Jeeps dalam bilangan ratusan, menyediakan salah satu cara terpantas untuk maju semasa pelancaran.

Forza Horizon 5 juga membenarkan pemain ‘menghadiahkan’ kenderaan kepada orang yang tidak dikenali, dengan sesetengah pemain mendapati mata kemahiran mereka dikembalikan selepas menderma kenderaan, dan bukannya memadamkannya. Pemain baharu dibanjiri dengan Jeep Willys percuma sebagai kesan dari eksploit ini.

Jeep Willys MB kini menjadi wajah yang tidak dijangka bagi forum Forza Horizon 5 melalui pelancaran, memacu meme yang dikaitkan dengan eksploitasi. Pembangun Forza Horizon 5 Playground Games masih belum bertindak balas terhadap trend, walaupun suatu patch yang akan pasti akan berlaku sememangnya tidak akan mengejutkan, memandangkan pemain mengetepikan sistem kemajuan tradisional.

Setakat ini, belum ada apa-apa pembaikan dari pembangun permainan mengenai eksploit ini dan pemain bebas untuk melakukan eksploit dan menghadiahkan Jeep Willys kepada rakan-rakan dan pemain baru untuk menyambung legasi eksploit ini.

RELATED NEWS

+