Pemain G2 ini sertai pasukan VALORANT Singapura, Bleed

Selepas menjadi agen bebas sejak November, pemain VALORANT daripada Sweeden, Jacob “pyth” Mourujärvi ini mengumumkan akan sertai pasukan Singapura, Bleed. 

Pyth, bekas pemain profesional CS:GO sertai pasukan VALORANT G2 Esports pada Mei 2020, dan telah membantu pasukan itu memenangi beberapa kejohanan separa profesional seperti BLAST Twitch Invitational 2020 dan Red Bull Home Ground 2021.

Pyth kemudian diletakkan di bangku simpanan G2 Esports sejak Jun 2021. 

Bleed sebelum ini telah merombak barisan roster mereka, dengan melepaskan tiga pemain sebelum membawa masuk empat pemain baharu termasuk Pyth.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+