Pemain game mudah alih belanja AS$1.7 billion setiap minggu – App Annie

Sebuah firma data mudah alih, App Annie, hari ini melaporkan bagi separuh pertama 2021, pengguna mudah alih membelanjakan sebanyak AS$1.7 billion di platform iOS dan Play Store di peringkat global, setiap minggu.

Menurut laporan bertajuk “2021 Mobile Gaming Tear Down, perbelanjaan ini adalah 24% dari tahun ke tahun dan 40% berbanding jumlah pra-pandemik 2019.

Selain itu, kira-kira  810 permainan mudah alih yang mencapai pendapatan AS$1 juta setiap bulan, iaitu mewakili peningkatan sebanyak 6% dari tahun ke tahun dan lebih 25% daripada angka 2019.

Angka pembelanjaan ini direkod antaranya daripada pemain Roblox, Genshin Impact dan Honor of Kings.

Selain itu, App Annie juga menyatakan industri permainan mudah alih dijangka akan menjana lebih $120 billion penghujung tahun ini atau peningkatan sehingga 19% berbanding tahun lepas dan perkembangan hampir 40% daripada 2019. 

RELATED NEWS

+