Pemain kini memerlukan 6 tahun untuk mendapatkan semua Champion dalam League of Legends

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

League of Legends melakukan banyak perubahan untuk pemain yang membelanjakan wang mereka dalam League of Legends (LoL).

Tetapi sebaliknya yang terjadi kepada pemain Free-to-Play. League of Legends memperkenalkan Battle Pass tetapi kelebihan ini hanya untuk pemain yang membelinya.

Setiap Battle Pass akan memberikan anda lima skin. Pemain juga akan dapat Blue Essence (BE), salah satu mata wang untuk membeli Champion tetapi BE dikurangkan untuk pemain percuma.

Perubahan Battle Pass

Disebabkan LoL adalah permainan video percuma, Riot Games mahu menjana pendapatan dengan penjualan kosmetik dan champion yang baru.

Seperti yang diberitahu oleh staf Riot Games BarackProbama, Sistem Battle Pass baru ini akan memberikan anda empat champion capsule dan 4,750 Blue Essence. Jika anda membeli Battle Pass ini, dalam setahun anda akan medapat 24 champion capsule dan 28,500 BE.

Foto: Riot Games

Tetapi jika anda menggunakan kesemua BE yang ada di penghujung Battle Pass, pemain hanya akan mendapat 50 BE sahaja bagi setiap level.

Ini bermakna anda memerlukan 900 jam semata-mata untuk mendapatkan champion yang beharga 6,300 BE.

Tetapi nombor hanya cukup jika anda menggunakan kesemua permanent shards yang didapati. Tetapi ramai pemain tidak tahu yang crafting menjadikan proses mendapatkan champion baharu menjadi lebih lama.

Foto: Riot Games

Ini membuatkan pemain baharu memerlukan lebih enam tahun semata-mata untuk mendapatkan kesemua champion.

League of Legends kini mempunyai lebih 170 champion baharu termasuk Mel Medarda yang baru sahaja diumumkan.

Dalam LoL, empat ke lima champion akan dikeluarkan setahun. Maksudnya pemain free-to-play perlukan masa lama untuk mendapatkan champion.

Hextech Chest yang diberi juga akan berkurangan sekaligus menyukarkan lagi.

Ia bertujuan membuka atau mendapatkan champion juga tidak lagi akan diberikan secara percuma tetapi hanya boleh dibelikan dengan Riot Points.

Seorang lagi staf Riot Games mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Meddler mengatakan Riot Games tidak berniat untuk menjadikan proses mendapatkan champion menggunakan BE menjadi sukar.

“Mendapatkan champion baharu dengan blue essence tidak sepatutnya menjadi lebih susah. Kami akan melihat perkara ini dengan lebih lanjut,” ujar Meddler.

Setakat ini kesemua pemain League of Legends masih menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Riot Games.

RELATED NEWS

+