Pemain Melaka United Football Club layak ke FIFA Global Series Playoff

Baru-baru ini pasukan Melaka United Football Club berjaya menjadi juara untuk liga saingan unifi eMFL Liga Super 2022.

Pemain yang melayakkan Melaka United Football Club ke FIFA Global Series Playoff ialah Rajabos selepas menewaskan rakan persaingannya, Halowake.

Boleh dikatakan pertandingan unifi eMFL Liga Super 2022 adalah kejohanan yang bertaraf tinggi apabila melayakkan juara untuk pergi ke FIFA Global Series Playoff.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by eMalaysian Football League (@emfl_my)

Melaka United FB menamatkan saingan mereka di tempat pertama dengan 72 mata walaupun tewas dua perlawanan dengan PJ City FC.

Dengan ini Melaka United FC akan ke FIFA Global Series Playoff pada Julai ini di London, England.

Anda boleh mengikuti perkembangan informasi terbaharu di laman sosial Instagram @mfl_my.

Selamat maju jaya untuk FIFA Global Series Playoff nanti!

RELATED NEWS

+