Hujung minggu lepas, Capcom baru sahaja membuat ujian beta untuk Monster Hunter Wilds tetapi beberapa raksasa yang muncul sedikit mendatar dan berkotak dari biasa.
Antara contohnya ialah Rey Dau yang bertukar menjadi poligon.
Disebabkan satu bug yang ada beberapa monster dan karakter dalam beta Monster Hunter Wilds menjadi bentuk kotak-kotak poligon.
Ramai pemain Monster Hunter Wilds mengongsikan pengalaman mereka melihat raksasa kotak.
Low poly Chatacabra pic.twitter.com/do7Rhqv1HL
— TeaCommonShark (@khitwins) November 1, 2024
I had a terrifying low-poly Doshaguma encounter! pic.twitter.com/1EzRAq0HIg
— Lemmy Laurent (@LaurentLemmy) November 1, 2024
Bukan raksasa sahaja menjadi mangsa poligon rendah, beberapa karakter dan ikan juga tidak terlepas dari perkara ini.
Screenshot taken by my friend while we were watching the cutscenes pic.twitter.com/nHHoqXTioO
— 👹Itz_JustUkra👹 (@ItzUkra) November 1, 2024
Bentuk-bentuk poligon hanya terjadi pada versi Steam Monster Hunter Wilds beta sahaja.
Seperti yang diberitahu versi beta ini telah lama dibuat dan ramai pemain mengharapkan masalah grafik seperti ini akan dibaiki pada pelancaran rasmi Monster Hunter Wilds nanti.
Beta ini juga telah menarik ramai pemain sehingga berjaya mencapai 463 ribu pemain kemuncak di Steam sahaja.
Ramai juga mengharap Capcom dapat membaiki masalah ini sebelum pelancaran rasmi.
Monster Hunter Wilds akan dilancarkan pada 28 Februari 2025 di pelantar PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.