Pemain profesional Dota 2 dibuang dari pasukan hanya kerana ibunya yang sakit tenat – ninjaboogie

Michael “ninjaboogie” Ross Jr. adalah pemain profesional Dota 2 dari Filipina yang tidak asing lagi bagi sesiapa yang mengikuti dunia e-sukan Dota 2.

Baru-baru ini, ninjaboogie sudah membuat satu kenyataan bahawa dia dibuang dari pasukannya iaitu Team SMG kerana risau dengan prestasinya disebabkan ibu yang sedang sakit tenat.

Semuanya bermula apabila Team SMG membuat pengumuman bahawa ninjaboogie akan meninggalkan mereka dan berterima kasih atas semua jasa baik pemain itu terhadap Team SMG.

Ninjaboogie kemudiannya membalas ciapan tweet di atas dengan “Cuba anda beritahu sebab sebenar saya dibuang?”

Selepas itu dia memberi kenyataan sebab sebenar dirinya dibuang dari Team SMG

“Saya dibuang hanya kerana ibu saya sudah sangat tenat dan mereka menganggap hal ini akan menjejaskan prestasi saya.

“Saya sudah agak perkara sebegini akan terjadi suatu hari nanti. Ibu saya mempunyai penyakit kanser tahap 4. 

“Dia sudah meninggal dunia Isnin lepas. Bayangkan dibuang dari kerja hanya kerana anda bakal kehilangan orang tersayang,” katanya.

Dalam ciapan seterusnya Ninboogie pula menjelaskan bahawa dia sepatunya pergi ke kem latihan pada 14 Mei lepas.

Namun pada 12 Mei, ibunya menghidap strok dan dikejarkan ke hospital.

Panggilan dari MidOne

Midone, salah seorang ahli pasukan Team SMG  dari Malaysia yang tidak asing lagi dalam dunia Dota 2.

Dia menelefon ninjaboogie untuk mendapatkan keputusan situasinya. Pemain Filipina itu memberikan penjelasan kepada Midone keesokan harinya.

Image

Dia memohon sedikit masa dan pergi ke kem latihan sedikit lewat pada 20 Mei lepas.

Namun penjelasannya bagaikan kelam disigi, lekung ditinjau apabila dibuang dari pasukan Team SMG dimana keputusan dibuat tanpa dirinya diberitahu.

Malah berita ini sudah tersebar ke salah seorang Youtuber terbesar yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia internet yang berang dengan keputusan Team SMG.

Setakat penulisan ini, Team SMG masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan keputusan mereka untuk menjelaskan situasi dan penjelasan ninjaboogie.

RELATED NEWS

+