Pemain profesional Dota 2 Pieliedie masuk ke Team SMG – ganti ninjaboogie?

Johan “pieliedie” Astrom adalah pemain profesional Sweden yang sudah lama dalam dunia Dota 2 dan pernah bermain untuk pasukan bertapak di Malaysia iaitu Fnatic.

Semalam, nama pieliedie sudah memasuki senarai Team SMG di laman rasmi pendaftaran DOTA PRO CIRCUIT.

Satu ciapan tweet juga sudah dibuat oleh @DOTA2SEA_ di Twitter.

Namun yang mengejutkan pieliedie masih belum diumumkan masuk ke Team SMG sendiri.

Adakah pieliedie menggantikan ninjaboogie yang baru-baru ini ‘dibuang’ dari Team SMG?

Kedua-dua pemain ini bermain pada posisi yang sama dalam Dota 2 iaitu Support.

Team SMG juga belum membuat apa-apa kenyataan mengenai kes sebelum ini iaitu dakwaan pembuangan ninjaboogie.

RELATED NEWS

+