Wise dari Blacklist International."> Wise dari Blacklist International." /> Wise dari Blacklist International." />

Pemain SEA hebat secara individu, menurut MobaZane

Michael ‘MobaZane’ Cosgun, pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) daripada Bloodthirsty Kings (BTK), adalah salah seorang pemain yang terbaik di dunia, tetapi dia juga pernah memuji beberapa pemain yang dianggap terbaik dalam peranan masing-masing seperti Wise dari Blacklist International.

MobaZane juga berkata dalam salah satu strimnya bahawa pemain rantau Asia Tenggara ramai yang hebat, malah lebih hebat dari pemain Amerika Syarikat.

Menurut MobaZane, pemain-pemain individu dari rantau Asia Tenggara memiliki kemahiran yang lebih baik daripada pemain NA, tetapi perlawanan menentang pemain SEA tidaklah sesusah yang disangka orang.

Dia menambah bahawa pasukannya pada satu ketika merasakan pelayan (server) SEA membosankan kerana pasukannya mendominasi permainan, walaupun mereka tidak bermain secara serius.

“Sukar untuk dikatakan, ia lebih sukar tetapi kami tidak tewas banyak pun. Adakah kita tertewas banyak kali? Tidak sama sekali, dan kami sering trolling. Akhirnya, kami berhenti bermain bersama-sama kerana ia sangat membosankan,” kata MobaZane.

Sumber rujukan: YouTube

RELATED NEWS

+