Pemain terbaik Apex Legends dikenakan larangan semasa stream VALORANT

Pemegang rekod dunia paling banyak tumpasan di Apex Legends, iiTzTimmy, dikenakan larangan di Twitch awal dua hari lepas semasa strim maraton VALORANT.

Semasa dalam stream ‘Road to Radiant’ di mana pemain akan bermula pada kedudukan kompetitif paling rendah dan akan main ke kedudukan kompetitif paling tinggi, penstrim itu dikenakan larangan sementara kerana smurfing dalam perlawanan ranked, tetapi larangan ini tidak lama.

Tujuh belas jam memasuki strim, iiTzTimmy menghadapi gangguan sementara, yang dia fikir mungkin ralat pelanggan, tetapi selepas menutup dan membuka permainan sekali lagi, beliau sudah dikenkana larangan ‘kerana menipu.’

Sejurus selepas larangan itu, pemain itu menghubungi seorang pembangun VALORANT yang didakwanya sudah berhubung sebelum strim itu. Menurut Timmy, pembangun itu memaklumkan kepadanya bahawa akaunnya akan dikenakan hukuman, tetapi ia tidak dijangka berlaku sehingga selepas strim tamat.

“Saya dikenakan larangan kerana smurfing, malangnya,’ jelas Timmy pada penontonnya. Menurut Timmy, perbuatan beliau serta cabaran Iron ke Radiant berada di kawasan kelabu dan tidak jelas kesalahannya. Agensi beliau akan berhubung dengan pihak Riot Games berkenaan isu ini.

Kira-kira sejam selepas larangan itu berkuat kuasa, akaun Timmy sekali lagi boleh beroperasi seperti biasa dan beliau itu kembali aktif. Perlawanan terakhir di mana beliau ditendang keluar kerana larangan itu tidak dikira dan tidak direkodkan ke dalam akaunnya.

Untuk menonton perjalanan iiTzTimmy ke Radiant dari Iron, anda boleh menontonnya di Twitch beliau di sini. Sewaktu masa penulisan, beliau berada di kedudukan Immortal 2 iaitu kedudukan dalam ke-tiga tetinggi daripada 22 kedudukan kompetitif permainan itu.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+