Pemain Todak, Xray berehat, tidak lagi bersama organisasi

Pemain Todak, Mohamad Aiman Idris (Xray) membuat keputusan untuk berehat dari pentas profesional e-sukan khususnya Mobile Legends: Bang Bang yang mana beliau bersama ahli pasukannya kerap membawakan prestasi cukup membanggakan di Liga Profesional (MPL).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Dalam satu hantaran di Instagram, Todak menghormati keputusannya dan berterima kasih atas sumbangan selama ini.

Ketika bersama Todak, Aiman pernah membantu skuad Malaysia itu mendapat tempat ketiga di kejohanan dunia, M1, memenangi MPL MYSG musim keenam, menyertai M2 dan memenangi banyak lagi kejohanan tempatan.

Wakil Todak juga berkata, Aiman kini tidak lagi bersama organisasi.

Foto: Todak MLBB

RELATED NEWS

+