Pemain VALORANT berang bonus XP dari Battle Pass amat sedikit

Seperti biasa, setiap musim baru VALORANT akan disertakan dengan Battle Pass baru yang menawarkan pemain pelbagai bonus dalam permainan. Antara bonus yang biasa dilihat adalah kostum senjata baru serta pilihan kostum lain untuk akaun VALORANT anda. Baru-baru ini, Riot Games memperkenalkan bonus XP untuk pemain yang membeli Battle Pass VALORANT.

Namun, terdapat pemain yang tidak berpuas hati dengan bonus XP yang rendah jika dibandingkan dengan permainan lain, dan meminta akan perubahan.

Seorang pengguna dan pemain VALORANT mengeluh di Reddit tentang hal ini. Pengguna itu juga membandingkan dengan Fortnite yang menawarkan bonus 50% apabila membeli Battle Pass, dengan tambahan 10% rangsangan apabila bermain dengan rakan-rakan.

Ramai pengguna membalas bahawa ia sebenarnya tidak begitu sukar untuk melengkapkan Battle Pass VALORANT, lebih-lebih lagi jika anda menyelesaikan misi harian dan mingguan. 

Selain itu, pemain juga turut menyatakan harga kostum Protocol 781-A yang agak mahal serta kos Radianite untuk menaiktaraf visual senjata yang tinggi. Radianite adalah salah satu matawang premium VALORANT.

Musim VALORANT seterusnya, Episode 4 Act 1: Disruption, akan bermula pada 11 Januari.

Sumber rujukan: Reddit

RELATED NEWS

+