Pemain VALORANT jumpa cara untuk menyorok di luar peta Fracture

Pemain VALORANT terjumpa kaedah untuk turun daripada zipline di peta Fracture dan mendarat di atas palang di bawah peta, membolehkan mereka keluar dari kawasan yang boleh dimainkan tanpa masalah.

Fracture adalah peta terbaharu dalam VALORANT dan mempunyai penerimaan bercampur-campur kerana reka letaknya yang unik dan berbeza secara drastik daripada peta sebelumnya. Pasukan ‘Defenders’ akan muncul di tengah peta dan bukannya merentasi peta daripada pasukan ‘Attackers’ dan pasukan menyerang boleh menuju ke kedua-dua tapak dari dua arah yang berbeza.

Walaupun reka bentuk peta adalah salah satu aduan terbesar tentang Fractir, pemain kini menemui cara untuk keluar peta dengan mudah dan ini akan menjadi isu yang genting buat masa ini, lebih lagi dalam mod kompetitif.

Pengguna Reddit yang bernama RiceVsNoodles memuat naik klip pendek yang menunjukkan cara untuk keluar dari peta. Pemain perlu menggunakan zipline yang menghala keluar dari kawasan muncul dan menekan butang ‘shift’ semasa mereka melintasi gaung itu. Jika dilakukan dengan betul, mereka boleh menggunakan kekunci ‘F’ untuk melompat dari zipline dan mendarat pada palang di bawah peta.

Dari sini, pemain boleh berlari ke arah pinggir kawasan dan mencapai batu yang menghala ke luar kawasan yang boleh dimainkan. Sesetengah watak seperti Jett boleh membuatnya agak jauh dan berpotensi menembak musuh dari kedudukan tertentu.

Pepijat ini mudah ditiru dan pemain sudah mengeksploitasi pepijat ini dalam mod-mod permainan. Riot Games berkemungkinan akan membaiki pepijat ini dalam kemas kini masa hadapan.

RELATED NEWS

+