Pembangun Black Desert Menderma RM350,000 Kepada Mangsa Bencana Alam Australia Dan Turki

Pearl Abyss merupakan pembangun permainan video dari Korea Selatan yang terkenal dengan permainan massively-multiplayer online (MMO) mereka iaitu Black Desert dan Black Desert Mobile.

Anda semestinya tahu tentang kebakaran hutan di Australia dan juga gempa bumi yang melanda negara Turki baru-baru ini. Pearl Abyss telah mengumumkan bahawa mereka akan menderma sebanyak 100 juta won (RM350,000) kepada mangsa-mangsa di kedua-dua negara tersebut.

Menurut Pearl Abyss, pendermaan tersebut dibuat melalui acara pembelian token oleh para pemain Black Desert. Apabila jualan token mencecah 5 juta, sumbangan yang dijanjikan akan disalurkan ke Australia dan Turki dengan pecahan 50 juta won – 50 juta won.

Acara pendermaan ini akan berlangsung sehingga 19 Februari 2020. Para pemain Black Desert dan Black Desert Mobile boleh membeli token dengan menggunakan mata wang Silver.

RELATED NEWS

+