Pembangun Genshin Impact dalam proses membangunkan Honkai Star Rail

MiHoYo, pemaju Genshin Impact dan Honkai Impact mendapat nama yang baik kerana Genshin Impact menjadi permainan terpantas di Google Play dan Apple App Store untuk melepasi keuntungan sebanyak AS$1 bilion.

Syarikat China itu juga melancarkan permainan lain secara global tahun ini, berjudul Tears of Themis. Kini, sudah diungkapkan bahawa Honkai: Star Rail akan menjadi permainan baru yang sedang dikembangkan kerana pengajuan tanda dagang (trademark) baru oleh miHoYo di Jepun.

Honkai Impact 3rd akan memasuki tahun ke-5 bulan depan pada 14 Oktober 2021. Semasa pengumuman ulang tahun, miHoYo sudah mendedahkan DLC Post Honkai Odyssey 2. Strim langsung mengesahkan bahawa pengembangan akan membawa mekanik dunia terbuka ke permainan dan juga penglibatan Bronya Zaychik dalam avatar dewasa. Bronya kali terakhir dilihat di cutscene Honkai Star Rails yang tertiris.

Nama Honkai Star Rail diambil oleh miHoYo pada 23 Ogos lepas. Nama itu dipublikasikan pada 21 September seperti yang dinyatakan oleh bot tanda dagang di Chizai Watch. Ini mengikuti langkah-langkah yang diambil oleh miHoYo semasa pelancaran Genshin Impact, kerana sudah didaftarkan di Jepun sebagai ‘原神 impact‘.

Tambahan pula, terdapat beberapa tirisan permainan itu. Beberapa tangkapan layar itu menunjukkan Honkai: Star Rail permainan berdasarkan giliran. Tetapi, persekitaran permainan adalah dunia terbuka.

Honkai Star Rail new game Beberapa watak juga tertiris dan sesetengah watak dari Honkai Impact 3rd akan kembali. Cuba lihat ciapan di bawah untuk lebih maklumat tentang watak-watak itu.

Namun demikian, belum ada apa-apa maklumat tambahan seperti tarikh pelancaran dan sebagainya dari miHoYo. Oleh itu, lebih baik kita tunggu daripada membuat apa-apa spekulasi tentang permainan ini.

RELATED NEWS

+