Pembangun Halo Infinite akan tambah baik Battle Pass

Halo Infinite adalah permainan yang hangat diperkatakan minggu ini selepas ia dilancarkan pada 15 November buat Xbox dan PC dalam bentuk beta. 

Namun, para pemain menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan sistem Battle Pass permainan itu yang dikatakan agak ‘kedekut’.

Menyedari kekurangan ini, pihak 343 Industries menyatakan mereka akan melakukan perubahan kepada Battle Pass, melajukan kemajuan pemain. 

Pengurus komuniti 343 Industries, John Junyszek, melalui kenyataannya di Twitter, “sebagai menjawab maklumbalas berikutan kemajuan Battle Pass, kami akan lakukan perubahan bersasar ke atas model kami minggu ini.”

“Sebagai premulaan, kami akan menambah cabaran “Play 1 Game” untuk pastikan anda akan maju secara konsisten melalui Battle Pass dengan bermain dengan gaya anda sendiri,”

Mereka juga menyatakan akan membaiki pepijat dan mengubah tahap kesukaran cabaran bagi membantu pemain maju melalu Weekly Challenges dengan lebih pantas.

John Junyszek juga menyatakan mereka terpaksa tetapkan semula cabaran dan kemajuan pemain minggu ini. Berikutan hal ini mereka akan memberi ganjaran buat pemain yang log masuk daripada 23 hingga 30 November iaitu Sigil Mark VII Visor.

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+