Pembangun PUBG merancang tawaran saham awal (IPO) pada tahun 2021

Krafton, studio yang membangunkan PUBG, sedang merancang untuk menjadi syarikat awam dengan memfailkan tawaran saham awal (IPO) dalam jangka waktu pertengahan hingga hujung tahun ini.

Kim Chang-han, Ketua Pegawai Eksekutif Krafton, berpendapat bahawa tindakan ini akan mengumpul berbilion dolar untuk syarikatnya. IPO ini dianggarkan menjadi antara IPO terbesar dalam sejarah Korea Selatan.

Kim Chang-han, Ketua Pegawai Eksekutif Krafton. Foto: Bloomberg

Menurut sebuah laporan daripada Eugene Investment & Securities Co., IPO ini dianggarkan menilaikan syarikat tersebut setinggi 30 trilion won (~RM110 bilion).

Tidak dapat dinafikan bahawa Krafton ialah sebuah syarikat permainan video yang hebat. Lebih daripada 70 juta salinan PUBG telah terjual untuk PC dan konsol. PUBG Mobile pula telah dimuat turun lebih daripada 700 juta kali.

Kim menyatakan bahawa beliau tidak mahu Krafton kekal sebagai syarikat yang hanya mengeluarkan satu permainan sahaja.

Salah satu permainan baharu yang sedang dibangunkan oleh Krafton ialah The Callisto Protocol. Ia merupakan permainan seram yang berlangsung 300 tahun selepas PUBG.

Krafton juga sedang menghasilkan sebuah siri animasi dan kartun web. Mereka juga merancang untuk menceburi bidang filem dan drama televisyen.

Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+