Pembangun senior Borderlands 3 tinggalkan Gearbox untuk mula projek baru

Sebilangan ahli senior pasukan pembangun Borderlands 3 meninggalkan Gearbox Studio untuk mengusahakan projek baru bersama. Tetapi, pengasas Gearbox, Randy Pitchford, menyatakan tindakan itu ialah atas nilai persahabatan.

Menurut laporan Axios, penerbit senior, Christopher Brock, ketua pereka misi Keith Schuler dan pengarah seni Scott Kester bersama pengarah kreatif Paul Sage, ketua pereka karakter Kevin Penrod dan pengarah UX Christ Strasz meninggalkan Gearbox bagi mengusahakan projek baru.

Sebelum ini, mereka dikata sedang mengusahakan projek Gearbox yang masih belum diumumkan dan masih dalam peringkat pra-pengeluaran. 

Pitchford menyatakan peninggalan mereka “akan mengakibatkan sedikit gangguan terhadap perancangan terkini,” dan mereka sudahpun memilih ahli baru untuk projek ini. Beliau juga menambah, pembangun Gearbox kini fokus untuk menyiapkan Tiny Tina’s Wonderlands.

Pemergian 7 pembangun ini dikatakan disebabkan ‘keseronokan’ apabila ‘orang baru’ akan mengetuai projek baru. 

Gearbox kini akan berhempas pulas untuk Borderlands. Selain Tiny Tina’s Wonderlands, Gearbox juga sedang membantu menghasilkan filem adaptasi yang akan dibintangi Cate Blanchette dan Kevin Hart.

RELATED NEWS

+