Pembangun Splitgate menyatakan game mereka akan terima mod Forge

1047 Games menyatakan permainan Splitgate akan memasukkan mod Forge sebelum ia dilakukan oleh Halo Infinite. 

Di dalam satu balasan ciap mereka di Twitter kepada KFCGaming menyatakan “Splitgate akan ada mod Forge sebelum Halo Infinite.”

Mod Forge pada awalnya dilancarkan di Halo 3. Ia adalah mod yang membolehkan pemain untuk mengubahsuai dan berkongsi peta di dalam komuniti Halo. Disebabkan penerimaan pemain yang sangat baik, Forge menjadi penambahan biasa apabila ia juga dimasukkan di dalam Halo Reach, Halo 4, Halo 5: Guardians dan Halo Infinite akan datang. 

Sebelum ini, 343 Industries mengumumkan penangguhan kempen kerjasama dan Forge bagi Halo Infinite sehingga selepas tarikh pelancaran untuk memfokuskan pada kempen satu pemain dan berbilang pemain. 

1047 Games turut membalas kepada satu ciapan yang bertanyakan mengenai mod Forge dan berkongsi dengan menyatakan mod mereka tidak akan dipanggil “forge mode”.

Sebelum ini, 1047 Games turut berkongsi matlamat jangka masa panjang selepas mereka berjaya mengumpul dana melebihi RM419 juta, di mana mereka akan akan memfokuskan pembangunan Splitgate, sementara mahu membangunkan genre yang sudah ‘basi’.

Artikel ini diterjemah dan diolah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+