Pembangunan Final Fantasy VII Remake Part 2 sudah bermula

Dalam sebuah temu bual bersama majalah Famitsu, Naoki Hamaguchi (Pengarah Bersama Final Fantasy VII Remake) menyatakan bahawa pembangunan sekuel Final Fantasy VII Remake (FF7R) sudah bermula.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak pembangun sedang tekun membangunkan judul tersebut dan mengharapkan para peminat boleh bersabar dan kekal teruja untuk mengetahui babak seterusnya dalam FF7R.

Tetsuya Nomura (Pengarah FF7R), Yoshinori Kitase (Penerbit FF7R), dan beberapa individu lain yang memainkan peranan besar dalam pembangunan FF7R juga hadir dalam temu bual tersebut.

Yoshinori menyatakan bahawa FF7R hanyalah permulaan sebuah cerita baharu dan Tetsuya pula menegaskan mereka mahu mengeluarkan sebuah judul baharu secepat mungkin tetapi beliau mahu memastikan ia mempunyai kualiti yang lebih tinggi.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+