Pemilik ROMUniverse diarah bayar AS$2.1 juta kepada Nintendo

California: Nintendo pada September 2019, telah menyaman pemilik laman sesawang RomUniverse, Matthew Storman atas kesalahan menjadi hos untuk permainan video lama Nintendo secara haram di laman sesawangnya.

Seperti yang dilaporkan oleh TorrentFreak, Storman tidak setuju dengan tuduhan Nintendo dan bertindak untuk berlawan dengan Nintendo tanpa pertolongan peguam. Storman berkeras bahawa laman sesawangnya tidak melanggar undang-undang dan dia tidak memuat naik kesemua ROM itu sendiri.

Tetapi Storman gagal untuk meyakinkan pihak mahkamah, kerana sebelum ini Storman sendiri pernah mengaku memuat naik ROM-ROM. 

“Pihak defenden telah membuat kenyataan  tidak pernah memuat naik apa-apa fail ke laman sesawang tetapi kenyataan ini bertentangan dengan testimoni yang mengatakan dia pernah memuat naik fail ROM itu ke laman sesawangnya,” kata Hakim Marshall.

Storman juga dikata mendapat keuntungan sebanyak AS$30,000 hingga AS$36,000 pada tahun 2019 dalam keuntungan hasil.

Storman disahkan mahkamah bertanggungjawab untuk menyelia, menyebar dan melanggar akta hak cipta dan hak milik.

Nintendo pada mulanya memohon tuntutan sebanyak 15 juta USD kerana kesalahan melanggar akta hak cipta dan hak milik. Tetapi pihak mahkamah US memberi denda  sebanyak AS$35,000  untuk setiap 49 hak milik Nintendo yang digunakan oleh Storman. Pada mulanya Nintendo memohon AS$90,000 bagi setiap fail ROM.

Mahkamah kemudia mengarahkan Storman untuk membayar AS$2.1 juta. Pengurangan berlaku kerana Storman telah menutup laman sesawangnya dan tiada lagi masalah pelanggaran hak cipta akan berlaku.

Rujukan: VideoGameChronicle

RELATED NEWS

+