Peminat berpeluang menang RM10,000 dalam kejohanan Wild Rift bersama pempengaruh – Soloz, Daddy Hood dan ramai lagi

eGG Network akan mempersembahkan kejohanan Creators Collision League of Legends: Wild Rift bagi menutup tahun 2020 dengan jayanya.

Peminat boleh menyaksikan pencipta kandungan kegemaran mereka bertanding dengan memberi sumbangan Stars. Sebagai contoh, pencipta kandungan akan bertanding dalam The Underground Fans Challenge pada 28 Disember ini.

Peminat boleh memilih 10 pencipta kandungan untuk pertandingan tersebut dengan menghantar Stars dalam livestream pada 22 Disember, jam 9 malam hingga 10 malam.

10 pencipta kandungan yang menerima sumbangan stars tertinggi akan dibahagikan kepada dua pasukan.

Peminat juga boleh berlawan dengan pencipta kandungan ini dengan menonton livestream di Facebook  eGG network pada 28 Disember, jam 10:30 pagi dan daftar menerusi Discord. Hanya 50 peminat terawal daftar akan dibahagikan kepada 10 pasukan.

Acara utama adalah lapan pasukan pencipta kandungan bertarung merebut RM60,000 hadiah terkumpul. Lapan pasukan diketuai oleh Soloz, Daddy Hood, Bexed, Ream Angkor, Obot Gaming, Charlie, Erin KARRA Gaming dan SleepyGodzillas yang akan memilih ahli pasukan mereka.

Ia akan dihoskan oleh Qontra manakala HusKKiee dan Flicker akan menjadi pengulas.

RELATED NEWS

+