Peminat ini memindahkan Amnesia: The Dark Descent ke peranti Android dengan sempurna

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang peminat dari Rusia melancarkan permainan seram Amnesia: The Dark Descent yang asalnya dibangunkan oleh Frictional Games ke peranti Android. Projek ini dipanggil Sclerosis: The Dark Descent.

Pemain boleh memuat turunnya secara percuma di Google Play, tetapi anda memerlukan fail permainan yang asal untuk menjalankannya.

Peminat ini juga sudah menyesuaikan kawalan untuk skrin sentuh dengan teliti, merancang semula teka-teki dan bahkan menambahkan mod selamat.

Di mod selamat, semua raksasa tiada, dan  penggunaan lampu pelita tidak menggunakan minyak. Menurut peminat itu, mod ini sesuai untuk ‘pemain yang ingin merasakan suasana dan lokasi tanpa diganggu oleh raksasa.’

Permainan di peranti Android ini diterima oleh pemain dengan baik. Rata-rata berkata bahawa projek ini usaha yang berkualiti dan sepatutnya berbayar. Permainan ini juga mampu dimainkan di peranti Android lama seperti Snapdragon 439 dengan lancar.

Permainan Amnesia: The Dark Descent asalnya dilancarkan pada tahun 2010 di PC dan kemudian muncul di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch.

Permainan ini boleh didapat kan secara percuma di Google Play Store, namun pemain perlu mendapatkan fail asal permainan dari Steam atau sewaktu dengannya. 

RELATED NEWS

+