Peminat nak Obuyan dan 10S Gaming Frost main di M4, tapi..

Segelintir peminat pemain Mobile Legends dari Jepun iaitu Obuyan masih mengharapkan dia dapat bertanding di kejohanan dunia, M4.

Umum mengetahui Obuyan adalah pemain pasukan 10S Gaming Frost dan pasukan ini pernah menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil di bawah nama 10S Gaming. Dengan meta healer, Obuyan menggunakan Rafaela dan berjaya melangkah begitu jauh di peringkat playoffs.

Namun, Moonton sudah pun mengumumkan negara-negara yang bertanding dan Jepun tidak terpilih kali ini, sama seperti tahun lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by obuyan.TV (@obuyan.tv)

Di ruangan komen hantaran Obuyan di Instagram, ada peminat yang menulis komen mengharapkan dirinya kembali. Tapi jika diperhatikan, Obuyan kini aktif penstriman dan sedang giat strim Pokemon GO. 

Permainan mudah alih itu menerima kandungan baharu yang besar baru-baru ini dengan penambahan peta dan pelbagai Pokemon baharu.

Nampaknya hasrat kita untuk menyaksikan 10S Gaming Frost di Jakarta, Indonesia tahun depan tidak mungkin kesampaian.

RELATED NEWS

+