Bulan lepas streamer Twitch CDawgVA berjaya mendapatkan wang yang banyak untuk didermakan ke tabung amal Yayasan Penyakit Imunodefisiensi.
Kali ini giliran Pokimane pula untuk mewujudkan tabung dana amal dan pembida paling tinggi dapat bermain permainan video bersama-samanya.
Letih ratusan dan ribuan AS$ sudah dibida dan bidaan itu akhirnya berhenti pada AS$500 ribu (RM2.3 juta).
Malah CDawgVA pun terkejut dengan jumlah bidaan yang dibuat.
GOT TO BE FAKE NO WAY. https://t.co/1r3vLzwbm6 pic.twitter.com/2OxJ5EVXha
— Connor (@CDawgVA) July 15, 2024
Bidaan itu masih berterusan tetapi setakat ini itulah jumlah yang paling tinggi.
Jumlah bidaan tertinggi juga menarik minat Adin Ross, beberapa ahli Faze clan dan Morgp.
Terdapat juga beberapa bidaan dari Mark Cuban iaitu ahli Shark Tank terkenal dan pemilik kecil Dallas Mavericks di NBA.
Lima ratus ribu Dollar Amerika bukanlah jumlah yang sedikit tetapi demi amal jariah dan peluang bermain permainan video dengan Pokimane menyebabkan ramai membida dengan sangat tinggi.
Jumlah bidaan yang tertinggi akan didermakan kepada tabung amal Yayasan Penyakit Imunodefisiensi yang sama.