Peminat Pokimane ‘terkejut’ melihat tatu baru

Streamer Twitch wanita paling popular, Imane Anys atau lebih dikenali sebagai Pokimane, mempamerkan ‘tatu’ baru beliau semasa stream baru-baru ini dan ia benar-benar mengejutkan peminatnya dalam stream itu.

Pokimane lebih dikenali sebagai seorang streamer yang ‘cute’ dan ayu, jadi ia menjadi sebuah kejutan apabila beliau mempamerkan tatu baru di lengan kiri beliau. Ini dikatakan sebagai ‘pemindahan fasa’ oleh peminat-peminat beliau.

Video di bawah ini sedikit sedutan dari streamnya.

Pokimane juga menayangkan tatunya di Twitter melalui sebuah kicauan dengan caption “good girl gone bad” yang boleh dilihat di bawah. Kicauan itu menerima perhatian dari ramai peminat, dengan melebihi 2 ribu komen serta 127k like.

Reaksi Peminat

Para peminat menunjukkan pelbagai reaksi yang menghiburkan, rata-ratanya dikatakan bersetuju dengan keputusan Pokimane untuk membuat tatu di lengannya. Beberapa reaksi juga boleh dikatakan sebagai ‘caught in 4K’

Ini beberapa komen yang kami jumpa yang agak menghiburkan.

Plot Twist

Walaupun tatu di lengan Pokimane kelihatan seperti tatu sebenar, namun ianya sebenarnya tatu sementara seperti yang popular pada zaman sekolah dahulu. Tatu itu boleh ditanggal selepas diberus dengan menggunakan air.

Mungkin Pokimane akan mempertimbangkan menggunakan tatu sebenar selepas ramai peminat menyokong keputusan itu. 

TAGS

RELATED NEWS

+