Peminat setia Yu-Gi-Oh! buat petisyen untuk Olimpik

Peminat Yu-Gi-Oh! baru-baru ini menghantar petisyen kepada Majlis Olimpik Antarabangsa untuk menerima Yu-Gi-Oh!: The Trading Card Game sebagai salah satu sukan untuk Olimpik.

“Ini adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan semula dan saya yakin Yu-Gi-Oh!: The Trading Card Game layak untuk memasuki Olimpik” kata Xiran Jay Zhao yang merupakan orang yang membuat manifesto untuk permohonan ini.

Setakat ini petisyen itu mempunyai 14,278 orang yang telah menandatangani.

Petisyen itu memberitahu Yu-Gi-Oh! mempunyai ‘ketangkasan’, ‘atletisme’, dan juga ‘ketahanan’ yang sama dengan sukan lain.

Walaupun permohonan itu mempunyai sebab-sebab yang munasabah, tetapi tahun ini Olimpik Virtual Series sudah membawa bola lisut, kayuhan, belayar dan juga suka motor sebagai agenda untuk mempromosikan nilai-nilai Olimpik.

Di dalam senarai yang ada nyata Yu-Gi-Oh! tidak lari.

Setakat ini kita cuma boleh menunggu kerana e-sukan masih belum diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan mungkin akan diterima pada masa hadapan nanti.

RELATED NEWS

+