Peminat Spider-Man Rasakan Wajah Harry Osborn Serupa Dave Franco

Dah macam Dave Franco!

Dalam permainan Spider-Man dari Insomniac Games, peminat mempunyai mata cukup tajam dan mendapati watak Harry Osborn yang mempunyai wajah sama seperti Dave Franco.

Satu post di Reddit dah pun tular, mengatakan Dave Franco yang popular dengan filem The Disaster Artist dan Neighbors mungkin menjadi inspirasi untuk rekaan Osborn dalam permainan.

Bagaimanapun, Insomniac Games tak keluarkan apa-apa kenyataan tapi mereka mungkin lakukan ini untuk melahirkan rasa hormat kepada peranan James Franco sebagai The New Goblin dalam trilogi Spider-Man.

Ada juga pengguna Reddit memberi komen menarik:

“Menariknya, dia juga melakonkan suara Tony Stark/Iron Man dalam permainan mudah alih Marvel Avengers,”

Macam mana pendapat korang? Adakah sekadar kebetulan atau memang Insomniac ingin pay tribute kepada James Franco?

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+