Permainan video gacha telah menjadi antara permainan video paling popular di Malaysia buat masa ini.
Siapa sangka akan ada acara menyambut hari jadi buat karakter permainan video gacha dari permainan video gacha Love and Deepspace di Malaysia.
Sambutan hari lahir karakter itu telah dibuat di papan iklan gergasi di Bukit Bintang.
@amirahkambe happy birthday to my husband zayne🥹 THANK U SO MUCH FOR WHO ORGANIZED THIS ADS FOR ZAYNE’S BIRTHDAY😭❤️ make me happy so much 🫶🏻 #zayneloveanddeepspace #zayne #loveanddeepspace #zaynebirthday ♬ We cant be friends sad version – Winx ⋆ ࣪
Peminat tegar Zayne ini juga telah menjemput ramai peminat-peminat Zayne untuk hadir menyambut ulang tahun kelahiran Zayne.
Buat orang yang tidak bermain permainan ini Love and Deepspace adalah permainan video gacha di dalam dunia sains fiksyen dimana cinta tidak akan ada sempadan.
Zayne adalah karakter dalam Love and Deepspace yang disambut semalam pada 5 September.
Agak-agak berapa ya harga untuk sewa iklan yang sebesar itu?