Pencabar baru pusingan kelayakan MPL MY S9, Suhaz Junior bakal diumumkan

Suhaz Esports adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang Malaysia.

Mereka boleh dikatakan salah satu pasukan veteran dan sudah lama berkecimpung di dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL).

Sebelum ini mereka ada membuat pengumuman tentang pencarian bakat baru untuk pasukan kedua mereka iaitu Suhaz Junior.

Kini pasukan itu sudah melalui proses pemilihan dan sudah berjaya menjadi juara di dalam pertandingan yang dilakukan oleh Suhaz Esports pada November lalu.

Menurut Suhaz, skuad ini akan berada di bawah jagaan jurulatih, Padel sendiri.

Munurut pandangan anda, skuad manakah yang akan menggalas nama Suhaz Junior ini? Pusingan kelayakan MPL pasti akan lebih mencabar dengan kehadiran skuad baru ini. Kita bakal saksikan.

Foto: Suhaz Esports

RELATED NEWS

+