Pencipta Battlefield 2042 tidak mahu berinteraksi akibat pemain toksik

Salah seorang ahli untuk Battlefield 2042 mengatakan pemain yang toksik menjadi punca studio permainan video itu tidak mahu berkomunikasi dengan peminat.

Beta untuk Battlefield 2042 kini boleh dimain oleh semua pemain di semua platform.

Dengan adanya mod Conquest dengan 128 pemain, ramai peminat seronok dengan mod ini.

Ben Walke yang salah seorang Producer dari DICE membuat beberapa soal jawab di Reddit baru-baru ini.

Beliau menjawab beberapa soalan dari pemain Battlefield 2042 dan memberitahu sudah banyak isu-isu dijumpai dan sudah dibaiki atau akan dibaiki.

“Ada cara yang lebih baik untuk memberi maklum balas, jika kritikan itu lebih membina mungkin pihak kami akan menerimanya dengan baik,” ujar Walke.

“Tetapi saya mendapat banyak serangan individu dalam beberapa jam menjawab persoalan semasa saya live,” tambahnya.

Ingat jika anda mahu memberi maklum balas hendaklah menggunakan cara yang betul bukan memberi kritikan semata-mata.

RELATED NEWS

+