Pencipta Manga Yu-Gi-Oh!, Kazuki Takahashi ditemui mati

Yu-Gi-Oh! adalah siri manga yang sangat popular dalam kalangan ramai anak muda. Jadi tidak hairanlah kalau anda sendiri pernah merasai zaman kanak-kanak dengan mengumpul kad ini.

Hari ini satu berita yang menyedihkan kepada semua peminat Yu-Gi-Oh! apabila penciptanya, Kazuki Takahashi dilaporkan mati di sekitar perairan Nago, Okinawa. Ketika ditemui, dia sedang menyarung peralatan snorkeling.

Salam takziah diucapkan kepada beliau dan moga punca kematiannya dapat disiasat dengan secepat mungkin.

Baru-baru ini, Yu-Gi-Oh! Master Duel baru saja dilancarkan pada 19 Januari di pelbagai platform yang mana ia adalah permainan pengumpulan kad terbaru dari Konami. 

RELATED NEWS

+