Pencipta PUBG, PlayerUnknown, ingin membangunkan permainan gergasi baharu

Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai PlayerUnknown yang mencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah salah satu nama besar dalam industri permainan video. Nama beliau disemat dalam minda semua pemain sebagai pencipta permainan battle royale pertama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan genre itu.

Greene sudah tidak membangunkan PUBG, tetapi kini beliau berminat untuk membangun permainan lain pula.

Menurut sebuah kicauan beliau di Twitter, beliau sedang mencari kepakaran untuk membangunkan permainan ‘dengan dunia sebesar planet’.

Setakat ini, beliau tidak menunjukan apa-apa petunjuk tentang permainan itu selain video acah yang dikongsikan beliau.

Malah, ia tidak diketahui sama ada permainan itu akan kekal dengan genre battle royale atau pun akan menceburi genre lain. Pendapat peminat menunjukkan permainan itu akan menjadi permainan dunia terbuka.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+