Pendaftaran Beta Tertutup Honkai: Star Rail kini dibuka

HoyoVerse semalam mengumumkan permainan video RPG mereka Honkai: Star Rail yang sudah pun memulakan Beta Tertutup untuk platform PC, iOS, dan Android bermula 10 Februari ini.

Honkai: Star Rail menggunakan tema pengembaraan antara galaksi dalam dunia francais Honkai.

Permainan ini membawa pengembara fantasi di angkasa dengan cara berlawan tunggu giliran, peta besar dengan teka-teki, banyak penceritaan, lagu penuh kejutan dan pengalaman terbaik.

Dalam dunia ini, banyak penjelmaan Aeons yang boleh mengembara ke dunia-dunia lain.

Beta tertutup ini akan memberi pemain pengalaman asal usul cerita di Stesen Angkasa Herta dan protagonis akan mengembara ke seluruh galaksi ke Jarilo-VI dan Xianzhou Loufu.

Kedua-dua tempat ini adalah destinasi penting yang penuh dengan budaya dan kecantikan pemandangan berbeza.

Dalam parti anda, empat karakter boleh diunakan dengan battle skill yang unik mengikut strategi anda.

Anda kini boleh mendaftar Beta Tertutup ini di laman rasmi Honkai: Star Rail ini.

RELATED NEWS

+