Pendaftaran Pokemon Asia Players Cup 2021 kini dibuka!

Pokémon Asia Player Cup 2021 adalah pertandingan pertama dalam talian pelbagai-negara untuk Pokémon Sword dan Pokémon Shield di Asia. 

Pertandingan ini akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 11 September ini.

Pendaftaran sudah dibuka semalam. Bagi mereka yang ingin mendaftarkan diri, anda boleh layari SINI.

Pemain dari Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand akan bersaing sesama sendiri menentang Trainers dari seluruh Asia dan mereka berpeluang untuk memenangi tiket ke Pameran Pokémon Global pada Oktober dan jemputan ke 2022 Pokémon World Championship.

Peringkat kelayakan akan diadakan pada 28, 29 Ogos dan 4, 5 September 2021.

Manakala Grand Finale akan diadakan pada 11 September 2021 di mana 8 pemain terbaik dari setiap negara akan bertarung untuk mendapatkan gelaran Trainer terbaik Asia.

8 pemain yang bertanding di Peringkat Grand Finale akan menerima jemputan Hari Pertama di 2022 Pokémon World Championship, salinan fizikal Pokémon Brilliant Diamon dan Pokémon Shining Double Pack dan juga salinan fizikal Pokémon Legends: Arceus.

Manakala juara, akan menerima jemputan ke Pokémon Global Exhibition dan jemputan Hari Kedua ke 2022 Pokémon World Championship dan bayaran tiket penerbangan dan penginapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh layari SINI

RELATED NEWS

+