melaporkan pusingan kelayakan untuk Sukan Asia 2018 yang akan bermula tak lama lagi di Jakarta-Pelembang pada Ogos ini. Dalam posting oleh Prime Live di Facebook, mereka mengumumkan pendaftaran kini dibuka!"> melaporkan pusingan kelayakan untuk Sukan Asia 2018 yang akan bermula tak lama lagi di Jakarta-Pelembang pada Ogos ini. Dalam posting oleh Prime Live di Facebook, mereka mengumumkan pendaftaran kini dibuka!" /> melaporkan pusingan kelayakan untuk Sukan Asia 2018 yang akan bermula tak lama lagi di Jakarta-Pelembang pada Ogos ini. Dalam posting oleh Prime Live di Facebook, mereka mengumumkan pendaftaran kini dibuka!" />

Pendaftaran Qualifier Hearthstone, Starcraft II, Clash Royale dan PES 2018 Kini Dibuka Untuk Sukan Asia 2018

Sebelum ini kami pernah melaporkan pusingan kelayakan untuk Sukan Asia 2018 yang akan bermula tak lama lagi di Jakarta-Pelembang pada Ogos ini. Dalam posting oleh Prime Live di Facebook, mereka mengumumkan pendaftaran kini dibuka!

Prime Live akan menjalankan kelayakan terbuka untuk tiga game iaitu Hearthstone, Starcraft II  dan Clash Royale sementara PES Malaysia akan menjalankan pusingan kelayakan di NaGaming, Sabtu ini dengan kerjasama PES Malaysia.

Pusingan kelayakan ini mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Esports Malaysia (ESM) dan akan berlangsung bermula 26 Mei ini hingga 27 Mei (sama seperti kelayakan PES). League of Legends akan mempunyai pusingan kelayakan yang dijalankan oleh Riot Games dan Arena of Valor pula memilih pemenang daripada kelayakan AOV World Cup.

Yang paling menarik, pendaftaran ini adalah percuma tapi untuk PES, korang perlu sediakan RM35 sebagai yuran pendaftaran.

Korang boleh daftar untuk kelayakan Starcraft II, Hearthstone dan Clash Royale: KLIK SINI

Untuk PES 2018: KLIK SINI

Sumber: FB Prime Live

RELATED NEWS

+