Pendaftaran untuk VALORANT Challengers Tour APAC 2022 sudah dibuka

VALORANT Champions Tour (VCT) 2022 akan berlangsung pada pertengahan bulan Februari tahun ini menurut anggaran Riot Games. Seperti tahun lepas, pasukan-pasukan akan dalam acara VALORANT Challengers sebelum dapat mengunci kedudukan mereka di VALORANT Masters yang mungkin akan berlaku pada bulan April.

Kini, pendaftaran VCT Asia Pasifik (APAC) 2022 sudah dibuka untuk semua pasukan yang berminat

VCT APAC akan disertai beberapa rantau baru seperti Asia Selatan dan Oceania dan menjadikan jumlah rantau APAC menjadi 8. Ini juga bermaksud pemain dari dua rantau itu dikira sebagai pemain tetap dan bukan pemain import.

Peruntukan serantau dibahagikan mengikut format persaingan 20 pasukan. Jumlah pasukan ditentukan oleh bilangan pemain kompetitif di setiap rantau.

Peruntukan slot pasukan mengikut rantau adalah seperti berikut:

Thailand: 3
Filipina: 3
Indonesia: 3
Vietnam: 3
Singapura/Malaysia: 3
Taiwan/Hong Kong: 2
Asia Selatan: 2
Oceania: 1

Format Acara

Seperti dilihat di jadual di atas, VCT 2022 akan dibina di sekitar tiga acara utama, iaitu Masters 1 pada bulan April, Masters 2 pada bulan Julai dan penutup iaitu VALORANT Champions yang akan berlangsung pada bulan September.

Local Challengers: Pasukan akan bertarung dalam kejohanan tempatan untuk menempah tempat masing-masing dalam peringkat Regional Playoffs

Regional Playoffs: Pasukan-pasukan yang layak dari Local Challengers akan bertemu di sini. Pasukan-pasukan ini akan bermain untuk mata dan pasukan yang cukup mata akan dijemput ke Global Events.

Global Events: Acara ini adalah yang paling gah berbanding yang lain. Acara ini menawarkan kumpulan hadiah tertinggi serta Mata Circuit tertinggi berbanding pusingan-pusingan lain.

Pendaftaran

Bagi pasukan yang berminat untuk menyertai salah satu acara VALORANT terbesar tahun ini, anda boleh mendaftarkan pasukan anda di sini.

Selepas mendaftar, pasukan akan menerima maklumat mengenai pusingan kelayan terbuka akan datang daripada pengendali tempatan mereka.

RELATED NEWS

+