Penerbit Malaysia, PLAY Interactive buka dana pelaburan bersama untuk permainan indie tempatan

Menghasilkan permainan video memerlukan kos yang sangat tinggi dan kadangkala hampir mustahil untuk melancarkan sesuatu permainan tanpa sebarang bantuan daripada luar. 

PLAY Interactive memainkan peranan penting dalam pengedar permainan video di Asia Tenggara untuk lebih 15 tahun dengan kerjasama bersama Sony Interactive Entertainment dan Square Enix. Mereka juga pernah menerbit permainan video buatan Asia Tenggara, Valthirian Arc Hero School Story. 

Baru-baru ini, PLAY Interactive memperkenalkan program dana tersendiri untuk membantu pembangunan permainan video indie di Malaysia.

Program PLAY Game Development Co-Investment Fund bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada studio di Malaysia untuk proses komersil IP dan membawa lebih ramai penonton.

Sebanyak RM1 juta disediakan melalui program ini di mana setiap projek terpilih akan mendapat dana maksimum RM100,000.

Sebagai balasan, PLAY Interactive akan mendapat hak penerbitan seluruh dunia dan setiap pojek terpilih akan diberi tempoh dua tahun untuk menyiapkan projek mereka. 

Dana ini dibuka untuk projek permainan video di platform PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan mudah alih. Selain itu, dana ini juga dibuka untuk permainan yang telah dilancarkan, tetapi ingin dibawa ke platform lain.

Permohonan untuk PLAY Game Development Co-Investment Fund perlu dibuat sebelum 31 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi mereka di SINI

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI

RELATED NEWS

+