Pengarah 10 Cloverfield Lane Akan Mengarah Filem Uncharted Dibintangi Tom Holland

Filem Uncharted sudah mempunyai sutradara baru dan peranan ini dipegang oleh Dan Trachtenberg yang terkenal sebagai pengarah filem thriller psiko, 10 Cloverfield Lane.

Menurut laporan Variety, Trachtenberg menggantikan Shawn Levy (Stranger Things, Night in the Museum) atas sebab konflik jadual. Lebih-lebih lagi, Trachtenberg adalah peminat tegar Uncharted dan pernah menyatakan hasrat untuk mengarah filem ini 10 tahun lalu.

Seperti mana korang tahu, filem Uncharted ini adalah berdasarkan siri game eksklusif PlayStation popular dibangunkan oleh Naughty Dog yang dikeluarkan sejak dari 2007 dengan game pertama dilancarkan bertajuk Uncharted: Drake’s Fortune dan diakhiri oleh game stand-alone, Uncharted: The Lost Legacy pada 2017. Dalam Uncharted, pemain mengikuti pengembaraan pencari harta karun, Nathan Drake bersama mentornya, Victor ‘Sully’ Sullivan. 

Untuk versi filem pula, Tom Holland akan memegang watak Nathan Drake dan fokus kepada bibit-bibit pertemuan pertama dengan pencari harta karun profesional, Sully. Skrip filem ini ditulis oleh penulis filem The A-Team dan Smokin’ Aces, Joe Carnahan.

Dari kiri: Nathan Drake dalam Uncharted 3: Drake’s Deception dan Tom Holland

Melihat kejayaan besar Spider-Man: Homecoming, Sony memutuskan untuk menyambung kembali produksi Uncharted dengan Holland menyandang watak Nathan lebih muda iaitu mengikut plot Uncharted 3: Drake’s Deception dikeluarkan pada 2009. Setakat ini, tiada lagi pelakon yang mengambil watak Sully tetapi Holland mahu Chris Pratt berlakon sebagai mentor Drake. Sekadar berkongsi trivia, Chris Pratt (Guardians of the Galaxy, Avengers: Infinity War) pernah dipelawa untuk jadi Nathan tetapi menolak tawaran itu.

Filem Uncharted sudah lama digempar-gempurkan dalam industri perfileman Hollywood. Sebelum ini, Mark Wahlberg pernah diberikan watak ikonik ini dan Brett Dalton (Agents of S.H.I.E.L.D) diura-ura untuk jadi Nathan Drake. 

Pada tahun lepas, pelakon siri TV Firefly & Castle, Nathan Fillion iaitu antara pilihan ramai peminat untuk jadi Nathan Drake menghasilkan sebuah filem live-action pendek bukan rasmi Uncharted bersama Allan Ungar disambut dengan reaksi positif oleh peminat dan juga orang yang bekerja di sebalik tabir game seperti pengarah Uncharted 4: A Thief’s End, Neil Druckmann, pencipta bersama, Amy Hennig dan pelakon suara Nathan Drake sendiri, Nolan North. 

Sambil-sambil korang menunggu filem Uncharted dari Sony, korang boleh tonton filem pendek yang memperlihatkan Nathan menjumpai sebuah artifak dari era kegemilangan Melaka di bawah:

Buat masa sekarang, filem Uncharted belum lagi memulakan kerja-kerja produksi dan tiada tarikh rasmi tayangan.

RELATED NEWS

+