Pengarah Assassin’s Creed Valhalla berpindah dari Ubisoft ke EA Motive

Eric Baptizat meninggalkan Ubisoft untuk menyertai Electronic Arts.

Pembuatan Assassin’s Creed Valhalla juga sedikit tidak normal apabila ramai kakitangan veteran Ubisoft meninggalkan syarikat itu atas sebab persendirian atau terpaksa keluar.

Assassin's Creed Valhalla - Digital Standard Edition PS4 & PS5  (English/Chinese/Korean/Japanese Ver.)

Selepas 16 tahun, Baptizat yang bekerja di Ubisoft kini berpindah ke EA. Beliau juga telah menjadi antara orang penting untuk Black Flag dan Origins.

Tujuh bulan selepas pelancaran Assassin’s Creed Valhalla masih menjadi antara permainan video paling berjaya untuk Ubisoft.

Assassin’s Creed Valhalla bukan sahaja memecahkan beberapa rekod malah mendapat sokongan jangka masa panjang dari Ubisoft.

Di E3 tahun ini sahaja DLC baru telah diumumkan berserta dengan perkembangan baru.

Setakat ini Baptizat dikatakan menyertai EA untuk projek baru Dead Space.

RELATED NEWS

+