Pengasas Valve, Gabe Newell, dilihat menghantar Steam Deck ke rumah pembeli

Dua pengguna di Reddit melaporkan bahawa mereka menerima konsol Steam Deck yang dihantar sendiri oleh pengasas Valve sendiri, Gabe Newell, lengkap dengan tandatangannya pada kotak simpanan yang disertakan.

Pengguna Reddit berkongsi imej berikut, diambil oleh kamera pintu mereka, yang mereka dakwa menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Valve menghantar Steam Deck mereka.

Semasa penghantaran ini dilakukan, penerima juga melaporkan bahawa terdapat krew kamera bersama di vannya.

Seorang lagi pengguna Reddit juga mendakwa mempunyai Steam Deck yang dihantar oleh Gabe Newell hujung minggu baru-baru ini dan mereka didakwa tidak memesan satu pun.

“Selepas menghantar Steam Deck jiran saya, kami menjerit “Hai Gabe!”, kata pengguna Reddit itu.

Pada ketika itu Gabe bertanya berapa ramai yang tinggal di rumah itu, kemudian dia kembali ke vannya dan mengambil SteamDeck untuk setiap seorang penduduk. Mereka juga dirakam semasa mereka menerima Steam Deck jadi mereka menganggap ini akan digunakan dalam beberapa promosi atau dalam talian. 

Pengguna Reddit itu juga berkongsi imej kotak simpanan Steam Deck mereka yang ditandatangani oleh Gabe Newell.

Betapa untungnya menjadi penduduk Seattle pada masa ini kerana boleh dihantar Steam Deck secara percuma oleh Gabe Newell tersendiri.

Ini video promosi Steam Deck hasil gimik ini.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+