Pengeluaran Xbox One X dan Xbox One S Digital telah dihentikan secara rasmi

Microsoft telah menyatakan bahawa mereka kini menghentikan pengeluaran konsol Xbox One X dan Xbox One S All-Digital Edition. Perkara ini dilakukan sebagai persediaan terhadap pelancaran konsol mereka yang seterusnya iaitu Xbox Series X.

Walaubagaimanapun, konsol Xbox One S versi biasa tetap akan dikeluarkan dan dijual di seluruh dunia. Ini merupakan sebuah keputusan yang bijak kerana Xbox One X dijual pada harga yang tinggi tetapi spesifikasinya akan dikalahkan oleh Xbox Series X tidak lama lagi.

Menurut laporan daripada Nikkei, Sony juga sedang membuat pelbagai persediaan untuk melancarkan konsol mereka yang seterusnya iaitu PlayStation 5 (PS5). Nampaknya Sony menaikkan sehingga 50% jumlah asal pengeluaran PS5.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+