Penggambaran filem Resident Evil baharu telah selesai

Pada tahun 2017, syarikat Constantin Film mengumumkan reboot untuk francais filem Resident Evil. Reboot ini mengandungi enam filem dan penggambaran untuk filem pertama kini sudah selesai.

Berita ini dikongsi oleh akaun Twitter rasmi francais filem Resident Evil. Filem ini dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2021 tetapi ada kemungkinan situasi pandemik COVID-19 mengubah jadual pelancaran filem ini dan banyak lagi filem lain.

Filem ini diarahkan oleh Johannes Roberts dan barisan pelakon juga telah didedahkan.

Watak-watak utama akan dilakonkan oleh Kaya Scodelario (Claire Redfield), Hannah John-Kamen (Jill Valentine), Robbie Amell (Chris Redfield), Tom Hopper (Albert Wesker), dan Avan Jogia (Leon S. Kennedy).

Penulis berharap filem ini dan filem-filem Resident Evil yang akan datang tidak “terpesong” dari siri permainan Resident Evil seperti francais sebelum ini yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+