Pengurus Genflix Aerowolf Jr “Flat” dipecat, provokasi terhadap salah seorang pemain

Menurut posting dari laman instagram rasmi Aerowolf Pro Team, mereka telah mengambil keputusan untuk memecat Pengurus Pasukan Aerowolf Jr, Benedictus Bayu (Flat) daripada organisasi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AEROWOLF PRO TEAM (@aerowolfproteam)

Keputusan ini dibuat setelah diambil kira apabila beliau dianggap memberi pengaruh buruk dan merugikan pemain salah seorang ahli pasukan tersebut yang tidak didedahkan namanya.

Di dalam pengumuman tersebut, mereka tidak menyebut secara terperinci tentang hal yang dilakukan oleh Flat, namun ianya sudah pasti perkara yang menjejaskan kesihatan mental pemain itu. Para peminat juga tidak bersetuju dengan tindakan beliau.

Namun begitu, pastinya ada spekulasi di antara netizen yang mendengar khabar berita itu. Mereka berpendapat bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Flat ini telah mengakibatkan salah seorang pemain Genflix Aerowolf Jr, Seventh memilih untuk meninggalkan pasukan.

RELATED NEWS

+