Deadlock baru-baru ini mempunyai isu ramai penipu yang mengguna hack seperti aimbot, wallhack dan sebagainya.
Apa Valve buat untuk menghukum mereka?
Apabila sistem Deadlock mendapati anda menggunakan hack atau penipu, satu sistem akan muncul dan kesemua pemain boleh mengundi di tengah permainan samada menukarkan hacker menjadi katak atau teruskan ban mereka dari bermain.
This is what cheaters will look like if you turn them into a frog using the new anti-cheat
— Deadlock Intel (@IntelDeadlock) September 26, 2024
Hacker yang menjadi katak pula hanya mempunyai 500 health dan sangat mudah untuk mati ditambah lagi dengan pergerakan perlahan dengan hanya melompat anda boleh terus menembak penipu ini.
Jangan risau buat semua pemain, walaupun anda berada di pasukan yang kalah disebabkan hacker, permainan itu tidak akan dikira.
Jika anda menipu dalam Deadlock anda akan disumpah menjadi katak.