M6 World Championship MLBB kini telah menutup tirai.
Juara M6 kali ini adalah Fnatic ONIC PH yang berjaya mengalahkan Team Liquid ID.
Statistik untuk tontonan bagi M6 kali ini sedikit berbeza dan unik dari M5 lepas.
Menurut EsportsCharts, M6 World Championship kali ini mempunyai jumlah tontonan kemuncak sebanyak 4,129,026 penonton kurang 938,081 penonton dari M5 tahun lepas iaitu 5,067,107 penonton.
Foto: EsportsCharts
Walaupun jumlah tontonan kemuncak berkurang, tetapi tahun ini MLBB berjaya memecah rekod dengan jumlah masa tontonan iaitu 85,604,361 jam melebihi 13,444,297 jam tontonan dari M5.
Satu peningkatan yang baik bagi MLBB ini bermakna walaupun jumlah penonton berkurang tetapi peminat lebih cenderung untuk menonton M6 dengan lebih lama tidak mengira pasukan apa yang berlawan.
Untuk makluman, M7 World Championship bakal dibuat di Indonesia.