Penstrimer Twitch telah diharamkan dari Twitch kerana membaca buku

Twitch sentiasa mengharamkan dan terus menutup akaun yang sentiasa melanggar peraturan dan selalunya peraturan yang dilanggar adalah wajar.

Dalam beberapa bulan lepas sahaja Twitch telah mengharamkan satu ancaman bom dan kes seseorang yang mahu menembak di ibu pejabat Twitch.

Namun pengharaman kali ini agak pelik.

Strimer dengan nama Abelina Sabrina Rios baru-baru ini telah diharamkan dari Twitch kerana  membaca novel di Twitch.

Buku yang dibaca ialah Ice Planet Barbarians dari Ruby Dixon.

Buku ini menceritakan seorang wanita yang diculik oleh makhluk asing dan makluk asing tersebut menyukai wanita itu.

“Kami tidak membaca buku ini secara seksual dan Ice Planet Barbarians ditulis untuk menjadi novel yang sangat pelik dan tidak masuk akal – semuanya hanya komedi dan gelak-ketawa.”

Adakah anda rasa Twitch patut haramkan strimer tersebut?

RELATED NEWS

+