Pensyarah ‘sporting’, sembang pasal MLBB dalam kuliah

Pengguna TikTok bernama @matkuda98, seorang penuntut universiti sedang berada di dalam kuliah dan merakam sesi kuliahnya bersama pensyarah.

Pensyarah UiTM Shah Alam dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) itu yang bernama Dr Zarita menyedari Matkuda mempunyai setup (susunan) yang sedikit elok daripada penuntut yang lain.

@matkuda98 Lecture sporting abad ini. Lecture fspu ni boss #esekeli #fyp #salamdaribinjai ♬ original sound – Mat Kuda

Beliau terus bercerita mengenai MLBB dan lebih menakjubkan pengetahuan beliau mengenai MLBB agak mendalam dengan mengenali pasukan-pasukan profesional yang bertanding di liga profesional (MPL)

“Saya terpaksa layan sebab anak saya tak ada kawan, jadi saya terpaksa tengok macam final SMG berlawan Todak,” katanya.

Dr Zarita pula terus menyebut beberapa pasukan MLBB yang menarik perhatiannya seperti Alter Ego malah beliau mengambil tahu mengenai meta MPL sebelum dan selepasnya.

“Saya juga suka pemain pro player bernama Lemon dan Celiboy,” katanya.

Seronok betul kalau ada pensyarah yang ‘sempoi’ dan sporting macam ini kan?

RELATED NEWS

+