Penulis ini bagi amaran jangan berkawan, ‘dating’ atau kahwin dengan ‘gamers’

Seorang penulis antarabangsa, Ali A. Rizvi mengeluarkan kenyataan terhadap para lelaki yang bermain permainan video dan mengatakan kita sepatutnya tidak berkawan, temu janji dan kahwin serta mempunyai anak bersama mereka.

Rizvi yang juga penulis sekular kemanusiaan dan podcaster menulis kolum dalam Huffington Post.

Dia juga mengatakan permainan video hanya ilusi untuk capai apa-apa tanpa risiko.

“Dari bersenam dan menjadi lebih sihat, mereka memilih untuk menjadi tinggi dan kuat (dalam permainan).

“Dari membawa kereta hebat, mengalahkan persaingan dan mendapatkan wanita cantik yang sebenar, mereka lebih suka berada di hadapan skrin, tetapi dalam VR, dimana ilusi lebih nyata walaupun tidak wujud,” katanya.

Rizvi mengatakan para gamers hanya mengumpul mata di skrin dan tidak memanfaatkan diri mereka dari membina, melabur dan mengembangkan duit sebenar.

“Dari membantu diri sendiri dan keluarga, mereka berlawan dan mengalahkan musuh yang tidak wujud dicipta oleh pembuat animasi berbakat tanpa mendapatkan sastu kecederaan pun dan tiada risiko untuk cedera,” tambahnya lagi.

Rizvi juga mengatakan permainan video sama seperti “bahan internet lucah” dan “aplikasi dating” dan mengatakan gamer lelaki menipu diri mereka sendiri.

Menurut Rizvi lelaki sepatutnya memberi fokus terhadap matlamat mereka untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan jadi kaya.

“Tiada masalah untuk bermain permainan video sekali sekala, tetapi sebahagian para gamers di YouTube dan Twitch membuat ribuan Dollars (terima kasih kepada jutaan-jutaan “zombi” yang ketagih,”

Rizvi juga mengakhiri status Facebooknya dengan mengingatkan orang ramai untuk tidak berkawan, dating atau kahwin para gamers.

Rujukan: IGNSEA

RELATED NEWS

+